Sunday, May 16, 2021

Rokok, Ramadan Mendidik Kita.

 


"Taqaballahuminna waminkum"

Maksud: Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada kamu. (Bukhari)

 

Ini adalah sunnah yang disebut-sebutkan tatkala sudah mengakhiri Ramadan, dan memsuki Syawal tahun Hijrah (tahun ini, 1442H).

 

Antara amalan yang memberi manfaat adalah bagaimana Ramadan ini mengurangkan atau memberhentikan kita daripada merokok.

 

Seperti yang kita maklum, merokok membatalkan puasa menurut majoriti para ulamak.

 

Adanya amalan khusus berpuasa dalam bulan Ramadan; mereka yang merokok, secara tidak langsung, mendidik diri untuk TIDAK mengambil rokok selama 12 jam, selama sebulan.

 

Namun, kepentingan setiap tindakan bergantung dengan niatnya. Dan individu itu pasti akan dapatkannya melalui apa yang diniatkannya. Jika dia niat untuk beribadah kerana Allah, dia akan dapatkannya insha Allah. (Bukhari & Muslim)

 

Jika dia berniat selain daripada itu, sudah pasti dia akan dapatkannya juga dengan izin Tuhan. Contoh, berniat untuk mengurangkan merokok, atau berhenti merokok, selama sebulan secara intensif.

 

Adakah terlepas peluang ini? TIDAK, anda boleh cuba dengan amalan berpuasa sunat di bulan selain Ramadan.

 

Semoga amalan dan didikan diri kita diterima olehNya. Amin.

 

 

Radin MR.

Pelatih Perubatan Keluarga.

 

----------------------

 

Sumber:

[1] Irsyad Al-Fatwa Ramadhan ke-23: Hukum Merokok Ketika Berpuasa. Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 23 Jun 2015. 





Sunday, May 9, 2021

JOM Berhenti Merokok

 


JOM Berhenti Merokok

Adalah platform dalam memberi info & motivasi kepada anda untuk:

1️    Berhenti merokok

2️    Mencegah diri anda daripada merokok

3️    Mendidik anda untuk membantu sesiapa yang ingin berhenti merokok

4️    Mengelakkan diri anda daripada merokok kembali

Sasaran kami adalah kepada semua peringkat umur dan latar belakang.

Kami cuba mempermudahkan dalam teknik penyampaian informasi dan motivasi.

Kami tidak prejudis dan memandang serong kepada mana-mana individu yang merokok (termasuk rokok elektronik).

Objektif kami adalah membantu & mempermudahkan.

Kami tidak berniaga dengan sebarang bentuk perniagaan.

Marilah! JOM Berhenti Merokok. 🚭 😘


Kalau Boleh, Jangan Tunggu Dapat Baru Berhenti.

  Ada pesakit kami sudah dua (2) minggu berhenti merokok tanpa kesan sampingan. Beliau adalah pesakit penyakit darah tinggi.  Laporan peruba...