Friday, November 11, 2022

Kalau Boleh, Jangan Tunggu Dapat Baru Berhenti.

 



Ada pesakit kami sudah dua (2) minggu berhenti merokok tanpa kesan sampingan.

Beliau adalah pesakit penyakit darah tinggi. 
Laporan perubatan setiap temujanji beliau memang ada nyatakan beliau tidak bersedia untuk berhenti merokok. 

Tetapi, kali ini beliau mampu berhenti merokok, berbekalkan motivasi kerana sudah mendapat angin ahmar (Ischemic Stroke) baru-baru ini.

Tahniah! Kerana mampu untuk berhenti merokok. 

Tetapi, pengajaran yang boleh kita ambil adalah, beliau boleh mencegah daripada mendapat angin ahmar tersebut dengan mengubah faktor-faktor risiko yang ada padanaya, di mana beliau mampu lakukannya dengan izin Tuhan, iaitu: 

  1. Penyakit darah tingginya yang tidak terkawal.
  2. Aktif merokok. 
Meskipun beliau sudah mendapat angin ahmar, namun komplikasi yang dialaminya adalah sederhana. 
Selepas penilaian yang dibuat, melalui pelan rehabilitasi, beliau mampu untuk pulih semula dengan izin Tuhan. 

Amaran!!
Angin ahmar boleh dapat lagi. 
Bahkan, penyakit seumpanya juga iaitu serangan jantung (Heart attack) pun boleh dapat. 

Oleh itu, teruskan dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat, bebas rokok, dan berusaha bersama-sama panduan doktor yang merawat untuk mencegah komplikasi mendatang dan kekal sihat. 

Dr. Radin M.R.

Nota: Ini adalah kisah benar, namun berlaku pengubahsuaian yang sesuai untuk tujuan pengajaran, menyebarkan kesedaran, dan menjaga kerahsiaan identiti pesakit.

Saturday, October 30, 2021

Diperli dan Ditertawakan?

 

Diperli atau ditertawakan? 

Biarkan mereka. 

Biarkan dan maafkanlah mereka. 

Biarkan dan doakan mereka yang baik-baik. 

Usah peduli sikap mereka. 

Usah rasa rendah diri. 

Usah putus asa dengan usaha anda. 

Kami amat menyokong usaha anda. 

Kami adalah sahabat anda yang anda boleh harapkan bantuan dan bimbing anda. 

Kami tidak mengharapkan balasan daripada anda, melainkan anda menyayangi diri anda dengan menjaga kesihatan dengan betul. 

Itulah kepuasan hati kami. 

Ikhlas daripada, 
1. Doktor keluarga (Family doctor). 
2. Staf perubatan & kesihatan dan klinik berhenti merokok (KBM) yang penuh dedikasi.

Thursday, September 16, 2021

NIAT - Adakah Jelas Niat Anda?

 


NIAT - Adakah Jelas Niat Anda?

Seorang pemuda 21 tahun, datang ke klinik, lalu ditanya tentang 'adakah dia merokok?', lalu dijjawab

 

Pemuda: "Saya dah berhenti tiga (3) bulan lepas." (Dia akui merokok sejak umur 17 tahun, selepas SPM).

 

Doktor: "Bagus....tapi, awak ambil 'vape' tak?"

 

Pemuda: "A-ah… tapi dah tak ambil rokok..."

 

Doktor: "Cecair 'vape' ada nikotin?"

 

Pemuda: "Ada"

 

Doktor: "Kenapa dari rokok kepada vape?....siap ada nikotin lagi...."

 

Percayalah, sehingga pengakhiran konsultasi, dia tidak tahu dan tidak boleh mengeluarkan alasan pertukaran daripada rokok konvensional kepada vape bernikotin. Tidak jelas dengan peralihan "rokok kepada vape" - nya.

 

----------------

Oleh itu,

 

1. Setiap perbuatan dimulakan dengan NIAT atau TUJUAN yang jelas.

 

2. Jikalau tujuan hendak berhenti merokok disebabkan ketagihan, bukanlah dengan mengambil 'vape'/rokok elektronik yang punyai cecair nikotin.

 

3. Anda tetap akan ketagihan, kerana adanya......NIKOTIN.

 

------------------

 

Radin MR.

Family Medicine Trainee. MD. GCFM.

 

Like & Follow FB Page: https://www.facebook.com/johorberhentimerokok/

 

Ikuti Website Kami: https://johorbebasdarimerokok.blogspot.com/

 





Sunday, July 11, 2021

Kita Inginkan Generasi Yang Tidak Merokok Dan Tidak Pada Rokok Elektronik

 


Anak-anak kita membesar secara "Nature" & "Nurture". 
Bahasa yang lebih mudah, mereka membesar dengan fitrah atau semula jadi; serta dengan bagaimana ia disemaikan melalui didikan. 

Anak-anak ini dilahirkan bersih dari sebarang dosa dan kekotoran dan kekejian dunia. 

Lalu dia dibesarkan bergantung dengan bagaimana di didik. 
Bagaimana mereka dididik? Apa yang diberikan melalui apa yang dia dapatkan sama ada secara langsung dan tidak langsung. 

Ibu bapa adalah orang paling dekat dengan mereka apabila melibatkan didikan. 

Persekitaran yang diberikan. 
Informasi yang diberikan. 
Panduan yang diberikan. 
Keperluan & kelengkapan yang diberikan. 

Kesemuanya adalah daripada orang yang dekat pada mereka, iaitu ibu bapa. 

KEMPEN Generasi Bebas Asap Rokok (Produk Tembakau & Rokok Elektronik). 

Ia adalah kesedaran bukan sekadar berhenti merokok sahaja, pendidikan berterusan sepanjang hayat secara menyeluruh. 

Mulakan dengan kita sebagai ibu bapa. 

Anda PEROKOK?
1. Asingkan diri dan bersembunyi apabila merokok di rumah atau di tempat awam. 

2. Usah menunjukkan perbuatan merokok dan bahan-bahan kaitan rokok atau rokok elektronik yang anda ada. 

3. Jujur dalam menjawab persoalan anak-anak tentang rokok. 
(Apa itu rokok? Kenapa orang merokok? Bagus kah merokok? dan seumpama dengannya) 

4. Berusaha untuk mengurangkan atau berhenti merokok, termasuklah ke klinik, bertemu dan berbincang dengan doktor keluarga anda. 

Anda BEKAS Perokok? 
Tambahan, 

5. Kekalkan diri dalam keadaan sihat. 

6. Menggalak ahli keluarga yang lain atau kawan2 untuk berhenti merokok. 

7. Jika mendapat kesukaran dalam meneruskan berhenti merokok, ada persoalan yang melibatkan kesihatan seperti berat badan, selera makan, masalah emosi dan lain2, SILA ke klinik dan bertemu doktor keluarga anda.

Anda BUKAN Perokok?
Tambahan, 

7. Doakan mereka yang masih merokok untuk berhenti merokok. Usah mengeji mereka, jika mampu, tegur dengan berhemah. 

8. "Speak Out!", nyatakan yang anda tidak boleh menghidu asap rokok ditempat larangan merokok serta di tempat awam, kerana mereka mempunyai pilihan untuk asingkan diri dan merokok. 

9. Sokong dan memotivasi individu2 yang ingin ke arah berhenti merokok dan yang sudah berhenti merokok, serta mencegah diri dan ahli keluarga daripada merokok.

10. Bantu dan sokong usaha dalam membina generasi yang sihat dan cakna mengenai hasil tembakau daripada apa-apa produk sama ada secara tradisional atau melalui teknologi terbaru.

-doktor keluarga-





Tuesday, June 1, 2021

31 MEI Hari Tanpa Tembakau Sedunia

 


31 MEI 
Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Tema Tahun ini: Commit To Quit
#CommitToQuit

Sertai kami dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat kepada perjalanan pemberhentian rokok / produk tembakau. 


Sunday, May 16, 2021

Rokok, Ramadan Mendidik Kita.

 


"Taqaballahuminna waminkum"

Maksud: Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada kamu. (Bukhari)

 

Ini adalah sunnah yang disebut-sebutkan tatkala sudah mengakhiri Ramadan, dan memsuki Syawal tahun Hijrah (tahun ini, 1442H).

 

Antara amalan yang memberi manfaat adalah bagaimana Ramadan ini mengurangkan atau memberhentikan kita daripada merokok.

 

Seperti yang kita maklum, merokok membatalkan puasa menurut majoriti para ulamak.

 

Adanya amalan khusus berpuasa dalam bulan Ramadan; mereka yang merokok, secara tidak langsung, mendidik diri untuk TIDAK mengambil rokok selama 12 jam, selama sebulan.

 

Namun, kepentingan setiap tindakan bergantung dengan niatnya. Dan individu itu pasti akan dapatkannya melalui apa yang diniatkannya. Jika dia niat untuk beribadah kerana Allah, dia akan dapatkannya insha Allah. (Bukhari & Muslim)

 

Jika dia berniat selain daripada itu, sudah pasti dia akan dapatkannya juga dengan izin Tuhan. Contoh, berniat untuk mengurangkan merokok, atau berhenti merokok, selama sebulan secara intensif.

 

Adakah terlepas peluang ini? TIDAK, anda boleh cuba dengan amalan berpuasa sunat di bulan selain Ramadan.

 

Semoga amalan dan didikan diri kita diterima olehNya. Amin.

 

 

Radin MR.

Pelatih Perubatan Keluarga.

 

----------------------

 

Sumber:

[1] Irsyad Al-Fatwa Ramadhan ke-23: Hukum Merokok Ketika Berpuasa. Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 23 Jun 2015. 





Kalau Boleh, Jangan Tunggu Dapat Baru Berhenti.

  Ada pesakit kami sudah dua (2) minggu berhenti merokok tanpa kesan sampingan. Beliau adalah pesakit penyakit darah tinggi.  Laporan peruba...